Home Semasa Tabung Haji umum hibah 1.25% tahun kewangan 2018

Tabung Haji umum hibah 1.25% tahun kewangan 2018

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 5 April – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan hibah sebanyak 1.25% kepada semua pendeposit TH bagi tahun kewangan 2018. Agihan tersebut melibatkan pengagihan berjumlah RM913 juta dan diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof.

“Para pendeposit boleh menyemak pengkreditan Hibah Tahunan TH 2018 bermula Isnin, 8 April 2019,” jelas pihak Tabung Haji dalam satu siaran akhbar yang dikeluarkan pada hari ini.

Sementara itu, Mujahid menyatakan pelan penstrukturan yang telah dilaksanakan membuktikan keprihatinan kerajaan bagi menyelamatkan TH demi kepentingan 9.3 juta pendeposit.

“Dalam menzahirkan komitmen ini, Kerajaan akan membuat peruntukan sebanyak RM500 juta pada tahun 2020 dan seterusnya sebanyak RM1.73 bilion setahun sehingga semua sukuk ditebus semula.

“Jumlah keseluruhan peruntukan Kerajaan selama 10 tahun dianggarkan sebanyak RM17.8 bilion. Ini adalah kesan daripada kelemahan dan salah guna kuasa pentadbiran yang lepas. Manipulasi akaun telah membolehkan hibah diisytiharkan pada kadar yang tinggi walaupun jurang defisit terus meningkat,” jelas Mujahid.

 

Related Articles

Leave a Reply