Home Politik Anwar: PAS perlu henti guna politik tabur fitnah dan bohong, jangan cemar imej Islam

Anwar: PAS perlu henti guna politik tabur fitnah dan bohong, jangan cemar imej Islam

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 24 Feb – PAS perlu berhenti menggunakan politik sebagai gelanggang untuk menabur fitnah dan pembohongan, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya nasihat sebagai orang Islam, saya ingin nyatakan kita boleh berpolitik tetapi hentikan politik fitnah dan bohong,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai, semalam.

Menurut laporan Bernama, Anwar yang juga ahli Parlimen Port Dickson berkata perbuatan PAS itu telah mencemar dan merosakkan imej Islam dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan bukan Islam.

“Saya nak nasihat, orang Islam tak boleh fitnah, dulu dia (PAS) cakap boleh bohong, sekarang dia boleh fitnah.

“Kalau dia (PAS) nak guna politik untuk gelanggang fitnah dan bohong, jangan guna nama Islam. Dia (PAS) merosakkan imej Islam atas nama parti Islam.

“Imej islam itu jadi rosak, orang bukan Islam kata zaman sekarang syeikh-syeikh boleh bohong, boleh fitnah,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply