Home SemasaGlobal Pedidikan merosot: Haramkan permainan PUBG! – Badan Hak Asasi

Pedidikan merosot: Haramkan permainan PUBG! – Badan Hak Asasi

by M.Daim

AHMEDABAD, 24 Jan – Kerajaan negeri Gujarat di India telah mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengharamkan permainan atas talian yang popular, PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG).

Media India melaporkan arahan tersebut dikeluarkan oleh kerajaan selepas menerima gesaan dari Suruhanjaya Perlindungan Hak Asasi Kanak-kanak Gujarat (GSCPCR). Arahan rasmi tersebut mengharamkan permainan PUBG diperingkat sekolah rendah.

Gesaan tersebut turut disokong oleh Suruhanjaya Perlindungan Hak Asasi Kanak-kanak Kebangsaan di India (NCPCR), kata Pengerusi GSCPCR, Jagruti Pandya yang dipetik oleh NDTV.

“Pihak NCPCR telah menghantar surat kepada pihak berkuasa pendidikan di setiap negeri untuk mengharamkan permainan tersebut.

“Kami mengesa permainan tersebut diharamkan kerana berlakunya kemerosotan pencapaian pelajar akibat ketagihan PUBG,” kata Jagruti.

PlayerUnknown’s Battlegrounds atau PUBG merupakan siri permainan atas talian yang popular keluaran syarikat Bluehole dari Korea Selatan. Permainan berkonsepkan “Battle Royale” ini mula diperkenalkan pada tahun 2017 untuk platform PC. PUBG versi telefon pintar atau PUBG Mobile pula diperkenalkan pada awal tahun 2018 dan dikeluarkan oleh Tencent

PUBG mempunyai kira-kira 3 juta orang pengguna sementara PUBG Mobile pula mempunyai 30 juta pengguna aktif pada setiap hari. Berbeza dengan PUBG, PUBG Mobile merupakan versi percuma untuk dimainkan oleh pengguna.

Arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan India tidak menyentuh versi yang mana akan diharamkan secara spesifik.

Gesaan pengharaman tersebut dibuat setelah pihak berkuasa pendidikan di Jammu dan Kashmir mendapati kemerosotan pencapaian pelajar di daerah itu adalah berpunca dari ketagihan permainan PUBG.

 

Related Articles

Leave a Reply