Home SemasaGlobal Lawatan kapal perang di Kemboja

Lawatan kapal perang di Kemboja

by Noor Sheila Amin

Beijing, 11 Jan – Tiga buah kapal Tentera Laut China (PLA Navy) dilaporkan berlabuh di Kemboja bagi melakukan lawatan ke negara itu.

Perkara tersebut disahkan oleh jurucakap Kementerian Pertahanan Kemboja, Chhum Socheat.

“Matlamat lawatan ini adalah untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan, terutama antara angkatan laut dari kedua-dua negara,” katanya.

Ketiga-tiga kapal perang berukuran 180 meter milik China akan berada di negara itu sehingga 12 Januari.

Beliau berkata perwakilan PLA Navy akan bertemu dengan komander tentera Kemboja dan Menteri Pertahanan, Teh Banh sepanjang lawatan tersebut.

Akhbar South China Morning Post melaporkan Beijing sedang mempamerkan kekuatan tentera lautnya dimana tiga kapal perangnya berlabuh di pelabuhan Sihanoukville, Kemboja pada Rabu lepas bagi untuk lawatan selama empat hari disana.

Pada Jun 2018, China telah berjanji untuk membiayai sebanyak USD$ 100 juta kepada Kemboja bagi membantu Phnom Penh untuk mempertingkatkan keupayaan pasukan tentera mereka. Selain daripada itu, beberapa sesi latihan ketenteraan bersama juga telah diadakan diantara kedua-dua negara.

 

Related Articles

Leave a Reply