Home PolitikBarisan Nasional Kenyataan berbaur hasutan: Lokman Adam dibebaskan dengan jaminan polis

Kenyataan berbaur hasutan: Lokman Adam dibebaskan dengan jaminan polis

by Air Times News Network

PETALING JAYA, 11 Jan – Anggota majlis tertinggi UMNO, Datuk Seri Lokman Noor Adam yang ditahan di bawah Akta Hasutan semalam dibebaskan kira-kira jam 10 pagi hari ini dengan jaminan polis.

Bekas pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu ditahan susulan kenyataannya bahawa kerajaan cuba melindungi pihak yang membunuh anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Setiausaha NGO Pemantau Malaysia Baru (Pemantau), Lisa Yahaya berkata Lokman hadir ke Bukit Aman untuk memberi keterangan pada pukul 2 petang semalam namun di tahan di bawah Seksyan 4 (1) Akta Hasutan sebelum dibawa ke Balai Polis Dang Wangi kira-kira pukul 10 malam.

Dalam kenyataan lain, beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat, penyokong dan keluarga Datuk Lokman Adam yang hadir di IPD Dang Wangi pagi tadi bagi menyatakan sokongan terhadap beliau.

“Tidak lupa juga kepada yang tidak putus-putus mendoakan Datuk Lokman Adam agar urusan beliau dipermudahkan. Semoga Allah S.W.T merahmati dan memberkati perjuangan kita semua,” katanya dalam satu kenyataan.

Lokman antara individu yang lantang mengkritik kerajaan Pakatan Harapan selepas Barisan Nasional (BN) tewas pada pilihan raya umum lalu.

Adib cedera parah dipercayai dipukul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, November lepas dan anggota bomba itu disahkan meninggal dunia pada Disember di Institut Jantung Negara (IJN).

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply