Home Semasa Anak Positif Dadah: Mat Sabu serahkan kepada pihak polis jalankan tugas

Anak Positif Dadah: Mat Sabu serahkan kepada pihak polis jalankan tugas

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 6 Jan – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu semalam mengesahkan penahanan anak lelakinya Ahmad Saiful Islam Mohamad oleh pihak polis selepas disyaki positif dadah jenis ganja dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang malam Jumaat lepas.

Mohamad berkata beliau te­lah dimaklumkan mengenai penahanan anaknya itu oleh pihak polis semalam.

“Susulan penahanan ini, saya dan keluarga menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk bertindak berdasarkan proses undang-undang sedia ada.

“Anak saya sama seperti anak orang lain juga tertakluk kepada proses undang-undang negara,” katanya.

Suspek yang ditahan bersama-sama seorang lagi rakannya berusia 33 tahun merupakan antara 101 individu iaitu 55 wanita dan 46 lelaki yang diperiksa dalam Op Pusat Hiburan, malam Jumaat.

Operasi itu dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dan Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Related Articles

Leave a Reply