Home Semasa ‘Original Classic’ sahaja produk keluaran Gardenia KL

‘Original Classic’ sahaja produk keluaran Gardenia KL

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd hari ini menegaskan hanya produk roti bercetak ‘Original Classic’ keluaran sebenar pihak mereka.

Pengurus Besar Pemasaran dan Perhubungan Awam Gardenia Kuala Lumpur , Hazlinah Harun ketika dihubungi berkata, roti gardenia bercetak  “Original Klasik” adalah keluaran syarikat lain yang tiada kena mengena dengan syarikat berkenaan.

“Kedua-dua produk roti putih berjenama Gardenia yang tular baru-baru ini adalah dari dua syarikat yang berbeza.

Pengurus Besar Pemasaran dan Perhubungan Awam Gardenia KL, Hazlinah Harun berkata terdapat perbezaan yang tersendiri di pembungkusan yang digunakan oleh Gardenia KL dan Gardenia Sabah.

“Jenama roti ‘Original Classic’ adalah produk keluaran Gardenia KL untuk pasaran Semenanjung Malaysia manakala ‘Original Klasik’ pula dihasilkan oleh Gardenia Sabah.

“Gardenia KL dan Gardenia Sabah adalah dua syarikat yang berbeza dan tidak mempunyai kaitan diantara satu sama lain,” katanya.

Beliau menegaskan Gardenia KL dan Gardenia Sabah mempunyai pihak pengurusan, polisi dan sistem operasi yang berbeza di antara satu sama lain.

Pasaran untuk Semenanjung Malaysia adalah diuruskan oleh Gardenia KL manakala pasaran Borneo/Malaysia Timur pula tertakluk dibawah pengurusan Gardenia Sabah.

Related Articles

1 comment

Tuan Fauzi Tuan Mohamad 3 January 2020 - 8:40 pm

Sahih ker berita ni?

Reply

Leave a Reply