KUALA LUMPUR, 4 Jan – Syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd hari ini menegaskan hanya produk roti bercetak ‘Original Classic’ keluaran sebenar pihak mereka.
Pengurus Besar Pemasaran dan Perhubungan Awam Gardenia Kuala Lumpur , Hazlinah Harun ketika dihubungi berkata, roti gardenia bercetak “Original Klasik” adalah keluaran syarikat lain yang tiada kena mengena dengan syarikat berkenaan.
“Kedua-dua produk roti putih berjenama Gardenia yang tular baru-baru ini adalah dari dua syarikat yang berbeza.
“Jenama roti ‘Original Classic’ adalah produk keluaran Gardenia KL untuk pasaran Semenanjung Malaysia manakala ‘Original Klasik’ pula dihasilkan oleh Gardenia Sabah.
“Gardenia KL dan Gardenia Sabah adalah dua syarikat yang berbeza dan tidak mempunyai kaitan diantara satu sama lain,” katanya.
Beliau menegaskan Gardenia KL dan Gardenia Sabah mempunyai pihak pengurusan, polisi dan sistem operasi yang berbeza di antara satu sama lain.
Pasaran untuk Semenanjung Malaysia adalah diuruskan oleh Gardenia KL manakala pasaran Borneo/Malaysia Timur pula tertakluk dibawah pengurusan Gardenia Sabah.