Home Pertahanan dan Keselamatan ATM sedia terbangkan pesawat ke Sudan

ATM sedia terbangkan pesawat ke Sudan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedia untuk menerbangkan pesawat ke Sudan bagi membawa pulang 105 penuntut Malaysia yang berada di Khartoum, Sudan.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga memantau perkembangan situasi di Sudan.

“ATM menerusi TUDM sentiasa bersedia sekiranya diperlukan, kita boleh menerbangkan pesawat ke sana.

“Buat masa ini, mereka diarahkan berehat di rumah oleh kerana keadaan yang tidak mengizinkan. Kesemua 105 orang penuntut sedang dipantau oleh pihak kedutaan Malaysia di sana (Khartoum).

“Kita hanya menunggu dan bersedia bila-bila masa,” katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Amanat Tahun 2019 di Wisma Pertahanan, di sini, hari ini.

Semalam, akhbar tempatan melaporkan seramai 105 penuntut Malaysia telah terperangkap ekoran tunjuk perasaan yang berlaku di negara Afrika itu .

Tunjuk perasaan tersebut turut mengakibatkan penutupan universiti dan mencetuskan huru-hara di Khartoum.

Related Articles

Leave a Reply