Home PolitikPakatan Harapan Pilih kekal dalam parti atau bebas tapi bukan PKR- Anwar

Pilih kekal dalam parti atau bebas tapi bukan PKR- Anwar

by Air Times News Network

LUMPUR, 14 Dis –  Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan PKR tidak akan mempertimbangkan untuk menerima bekas pemimpin Umno bagi menyertai parti itu walaupun sudah ada permintaan daripada beberapa pemimpin parti berkenaan.

Anwar berkata, PKR kini memberi tumpuan kepada agenda pembaharuan yang diperjuangkan oleh parti itu sejak 20 tahun lalu.

“Saya telah menyatakan kepada mereka dengan jelas bahawa mereka boleh kekal dalam parti mereka atau menjadi ahli politik bebas tetapi sukar bagi kita untuk menerima mereka.

“Saya difahamkan ia kerana kehendak masyarakat secara umum adalah untuk menyokong PH dalam agenda pembaharuan kami,” katanya selepas Majlis Pelancaran  dan Dialog Buku Tian Chua – ‘Lakaran Jiwa Merdeka: Catatan Dari Penjara Kajang’ di Universiti Malaya, di sini pada Khamis.

Pada Rabu lepas, hampir keseluruhan barisan kepimpinan Umno Sabah termasuk pengerusinya, Datuk seri Hajiji Mohd Noor mengumumkan keluar parti.

Secara menyeluruh, mereka yang meninggalkan Umno terdiri daripada enam ahli Parlimen, sembilan Adun, dua senator dan 21 ketua bahagian negeri itu.

Dalam perkembangan lain,Anwar mengakui ada bertemu dan mengadakan perbincangan terbuka bersama Ahli Parlimen Padang Rengas. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, baru-baru ini, dengan intipatinya berkenaan agenda reformasi PKR serta PH.

“Perbincangan itu secara terbuka. Bagaimanapun, saya jawab secara konsisten bahawa kita sedia bincang tapi bincang kita bukan soal sertai parti tapi bincang tentang perlu semua sokong agenda reformasi,” tambahnya.

Anwar berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan portal berita tempatan yang mendakwa Mohamed Nazri, yang juga Setiausaha Agung BN, telah bertemu Anwar semasa minggu kedua sidang Parlimen yang lalu.

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?