KUALA LUMPUR, 13 Dis – Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong mendedahkan keperluan pesawat rondaan maritim (Maritime Patrol Aircraft – MPA) dan ‘Unmanned Aerial Vehicle’ (UAV) untuk kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Beliau menyatakan perkara tersebut kepada Dewan Negara pada hari ini.
Menurut Liew, kedua-dua jenis pesawat itu amat diperlukan oleh TUDM bagi melaksanakan tugas rondaan perairan negara.
TUDM telah mengariskan keperluan dan pengoperasian kedua-dua jenis pesawat tersebut secara bergandingan dalam memantau dan mengawasi kawasan perairan negara dengan lebih efektif.
“Pada masa ini, operasi pemantauan Laut China Selatan oleh TUDM dilaksanakan dengan menggunakan pesawat Beechcraft B200T,” jelas Liew kepada Dewan Negara.
Beliau menegaskan keperluan MPA dan UAV adalah kritikal serta selari dengan perkembangan semasa negara.
1 comment