Home Politik Kemenangan BN di Cameron Highlands tidak sah

Kemenangan BN di Cameron Highlands tidak sah

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 30 Nov –  Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan keputusan PRU14 bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands yang dimenangi oleh Datuk C. Sivarraajh dari Barisan Nasional (BN) tidak sah akibat rasuah.

Hakim, Azizah Nawawi memerintahkan agar pilihan raya diadakan semula bagi kerusi parlimen.

Timbalan Pengerusi DAP Pahang, M. Manogaran berjaya membuktikan terdapat amalan rasuah yang menyaksikan kemenangan kepada BN.

Manogaran, 59, memfailkan petisyen pada 4 Jun lalu dengan memohon perisytiharan bahawa keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei untuk kerusi Parlimen Cameron Highlands terbatal kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Ini berikutan Manogaran mendakwa, Sivarraajh merasuah pengundi daripada komuniti Orang Asli untuk mengundinya.

Manogaran mendakwa, Sivarraajh yang berkempen bersama-sama Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang kini Menteri Besar Pahang, memberi rasuah antara RM30 dan RM1,000 kepada pengundi Orang Asli melalui beberapa Tok Batin bagi memastikan mereka mengundi calon BN membabitkan pertandingan lima penjuru.

Dakwa Manogaran lagi, Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai bagi tiga penggal berturut-turut sejak PRU-11, amat terkenal dalam kalangan pengundi di kawasan itu dan bertanggungjawab memperkenalkan Sivarraajh kepada pengundi Orang Asli.

Pada PRU14, Sivarraajh memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan memperoleh undian sebanyak 10,307 untuk menewaskan 4 calon lain.

Related Articles

Leave a Reply