Home PolitikPakatan Harapan PKR seperti BN, tunggu laporan baru nak amik tindakan – Zuraida

PKR seperti BN, tunggu laporan baru nak amik tindakan – Zuraida

by Nurulhuda

PARLIMEN, 29 Okt – Pemimpin parti harus lebih proaktif dalam menangani tuduhan politik wang dalam pemilihan PKR yang sedang berlangsung kata Ketua Wanita Ampang Zuraida Kamaruddin.

Zuraida yang merupakan calon naib presiden berkata amat jelas Jawatankuasa Bantahan, Rayuan dan Disiplin PKR harus lebih proaktif mengambil tindakan daripada hanya menunggu aduan dilakukan.

“Bunyinya seperti kerajaan BN hanya tunggu laporan dan ambil tindakan.

“Amat jelas kita kena bertanggungjawab dalam pemilihan ini. Jangan beritahu yang anda biarkan dalang terlepas,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Bantahan, Rayuan dan Disiplin, Dr Syed Husin Ali berkata, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan tanpa aduan rasmi kerana ia memerlukan bukti kukuh.

Beliau berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai politik wang.

Zuraida membidas kenyataan Jawatankuasa Aduan, Rayuan dan Disiplin PKR, Syed Husin Ali semalam yang berkata bahawa tiada tindakan boleh diambil kecuali aduan rasmi dibuat.

“Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR kata tidak terima laporan rasmi berhubung kes terbabit sedangkan media sudah melaporkan manakala SPRM turut melakukan penahanan.

“Itu bukan caranya,” katanya.

Selain daripada politik wang, Zuraida berkata, pemimpin PKR bertanggungjawab juga perlu mengambil tindakan terhadap cubaan “sabotaj” seperti penemuan ‘ alat jammer’ di lokasi pemilihan di Cabang Kuala Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor semalam.

Beliau berkata  PKR seperti dalam sindrom penafian kerana masih tidak melakukan sebarang tindakan walaupun pelbagai laporan pelanggaran dan konflik berlaku dalam pemilihan.

Related Articles

Leave a Reply