Home Semasa Bukan takbir dari pesawat terhempas

Bukan takbir dari pesawat terhempas

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Video yang berdurasi satu minit yang didakwa dirakam oleh penumpang pesawat Lion Air JT610 yang terhempas di perairan Karawang, Jawa Barat, Indonesia dilaporkan tidak benar.

Sebuah portal berita Indonesia memetik kenyataan netizen yang menyatakan video berkenaan adalah rakaman peribadi oleh penumpang pesawat Lion Air JT 353 dari Padang menuju Jakarta beberapa tahun lalu.

Sebelum ini, media melaporkan sebuah video selama satu minit yang menjadi viral, menunjukkan sekumpulan penumpang menjerit dan melaungkan takbir selain beristighfar dalam keadaan kabin gelap.

Buat beberapa ketika, video terbabit turut menunjukkan keadaan di luar pesawat yang agak kabur dan terdapat beberapa gegaran kecil sepanjang seminit visual berkenaan.

Pesawat Lion Air JT610 dalam penerbangan ke Pangkal Pinang di Pulau Bangka Belitung, Indonesia itu dilaporkan terputus hubungan selepas 10 minit berlepas.

Pesawat itu sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Pangkal Pinang jam 7.10 pagi Waktu Indonesia Barat (8.10 pagi waktu Malaysia).

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?