Home Semasa “Saya tak nak bercakap dengan orang yang tak bersekolah – ADUN Pengkalan Batu

“Saya tak nak bercakap dengan orang yang tak bersekolah – ADUN Pengkalan Batu

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Satu rakaman video ADUN Pengkalan Batu (DAP), Norhizam Hassan Baktee yang mengherdik dan menghina orang lebih tua darinya berikutan isu jalan ditutup di satu taman perumahan kini tular di laman sosial.

“Awak bukan duduk sini, awak orang kampung, gunakan jalan kampung” kata ‘ADUN Sado’ tersebut terhadap seorang pakcik yang datang untuk memberi surat kemungkinan surat bantahan atau surat rayuan.

“Saya tak terima…saya tak terima, failkan di makhamah dan kita lawan di makhamah”, katanya lagi.

Norhizam berkata beliau datang ke kawasan perumahan tersebut untuk membuat buat Sidang Media dan hanya hendak menyelesaikan masalah kenapa jalan tersebut ditutup.

“Saya tak nak bercakap dengan orang yang takda sekolah,” kata Norhizam dengan nada yang tinggi.

Penduduk tersebut turut di pertikaikan akibat kedudukan beliau sebagai ahli UMNO.

Jelas kedengaran di dalam rakaman video yang berdurasi 2 minit 17 saat, Norhizam Hassan Baktee yang juga Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Melaka menghina pakcik itu sebagai orang yang tidak sekolah.

Sebelum ini Norhizam mendapat kecaman netizen apabila menceroboh tempat simpanan baja orang kampung dan menuduh mereka mencuri dan menyorokkan baja subsidi.

Tuduhan itu dijawab oleh orang kampung sebagai fitnah dan laporan polis telah dibuat ke atas Norhizam namun sehingga kini masih tiada tindakan yang diambil.

 

Related Articles

Leave a Reply