Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Tentera Laut Jepun kunjungi pegawai TLDM di pelabuhan Kuantan

Tentera Laut Jepun kunjungi pegawai TLDM di pelabuhan Kuantan

by Nurulhuda

KUANTAN, 19 Sept – Seramai 210 anak kapal  JS AKEBONO daripada Angkatan Pertahanan Maritim Jepun (JMSDF) hari ini melakukan kunjungan  ke atas pasukan Tentera Laut Tentera Diraja Malaysia (TLDM) di Pelabuhan Kuantan, di sini.

Delegasi JS AKEBONO diketuai Pegawai Memerintah Divisyen Pengiring Lima Kapten Josuke Nakamura sementara TLDM diwakili Ketua Staf Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1) Kapten Muhammad Shakir Salleh.

Nakamura berkata kapal itu yang dalam pelayaran balik ke Jepun selepas enam bulan menjalankan operasi di Teluk Aden, akan berada di sini selama dua hari lagi.

Delegasi JS AKEBONO diketuai Pegawai Memerintah Divisyen Pengiring Lima Kapten Josuke Nakamura dan Ketua Staf Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1) Kapten Muhammad Shakir Salleh. Foto: FB TLDM

“Kami harap lawatan kami di sini akan memperkukuh hubungan di antara TLDM dan JMSDF sekali gus menyumbang kepada kerjasama dua hala lebih baik di antara kedua-dua negara. Kami mahu menggalakkan persefahaman bersama dari segi maritim.

“Kita mempunyai banyak persamaan dari segi kawalan dan keselamatan terutama bagi membendung  kegiatan lanun dan berharap dapat belajar daripada satu sama lain,” katanya kepada pemberita di sini.

Nakamura berkata ini adalah kali kedua JS AKEBONO melawat Malaysia selepas menyertai eksesais bersama TLDM di Kota Kinabalu, Sabah pada 2016.

JS AKEBONO yang bermaksud ‘Dawn Hunter’ dalam bahasa Jepun dan dilengkapi antaranya anti peluru berpandu, anti peluru berpandu kapal selam serta helikopter yang boleh memuatkan sehingga lapan kru, mula berkhidmat pada 2003.

Antara tugasannya ialah mengiringi kapal dagang melalui perairan berisiko bagi memastikan kapal selamat tiba di destinasi selain bekerjasama dengan pasukan dari pelbagai negara seperti Tentera Udara Sepanyol, Tentera Udara Perancis dan Tentera Laut Djibouti.

Dalam tempoh 15 tahun perkhidmatannya, JS AKEBONO menyertai lebih 800 misi mengiring melibatkan 3,800 kapal. -BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply