Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pemilihan PKR: Dua lelaki ditahan SPRM – Air Times News Network
Home Semasa Pemilihan PKR: Dua lelaki ditahan SPRM

Pemilihan PKR: Dua lelaki ditahan SPRM

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 16 Sept – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua lelaki di Kedah, semalam, disyaki terlibat dalam politik wang bagi pemilihan pemimpin cabang PKR.

Menurut laporan Astro Awani yang memetik sumber berkata, suspek pertama berusia 48 tahun ditahan pada pukul 12.20 tengah hari di sebuah restoran di Alor Setar, manakala suspek kedua, 46, ditahan pada jam 3.25 petang di Plaza Tol Plus Pendang.

Kedua-dua suspek dikatakan meminta wang suapan RM20,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan agar namanya yang telah didaftarkan untuk pemilihan parti dikekalkan di dalam sistem, sekali gus layak untuk bertanding.

Sumber berkata, suspek terbabit sebelum itu telah memaklumkan kepada lelaki terbabit bahawa namanya dan beberapa individu lain lagi akan digugurkan daripada senarai calon, namun boleh dikekalkan sekiranya membayar suapan tersebut.

Menurutnya, susulan penahanan itu, SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM10,000 daripada kedua-dua suspek.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Mohd Fauzi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

“Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar pagi ini bagi tujuan permohonan reman.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009,” ujarnya.

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?