Home PolitikPakatan Harapan Majlis Penasihat Kerajaan tidak akan dibubarkan – PM

Majlis Penasihat Kerajaan tidak akan dibubarkan – PM

by Air Times News Network

BEIJING, 21 Ogos – Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) tidak akan dibubarkan lagi kerana khidmatnya masih diperlukan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri menjelaskan, beliau tidak pernah mengatakan CEP hanya diperlukan untuk tempoh 100 hari.

“Dia (Tun Daim Zainuddin) kata 100 hari, tetapi saya tidak pernah kata saya memerlukan beliau 100 hari untuk menjalankan sebahagian kerja saya.

Daim mempunyai akses kepada banyak maklumat, jadi penting untuk beliau meneruskan kerjanya,” kata Dr Mahathir pada sidang media pada akhir lawatan lima harinya ke China hari ini.

Daim, iaitu pengerusi CEP semalam berkata, majlis itu sudah menyempurnakan mandatnya dan akan menyerahkan semua laporan cadangan yang dikemukakan kepada Perdana Menteri sebaik beliau pulang dari China.

CEP ditubuhkan pada 12 Mei lalu oleh Dr Mahathir untuk menjadi penasihat ekonomi, kewangan dan hal-hal lain.

Related Articles

Leave a Reply