Home PolitikPakatan Harapan Tun Daim dalang sekat Anwar jadi PM – AP Kapar

Tun Daim dalang sekat Anwar jadi PM – AP Kapar

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid mempunyai bukti dan maklumat berhubung dakwaan beliau kononnya Tun Daim Zainuddin menjadi dalang menghalang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada diangkat sebagai Perdana Menteri.

Katanya, beliau boleh kemukakan bukti tersebut sekiranya diminta berbuat demikian dan tidak akan berganjak dengan dakwaan berkenaan.

“Saya berpandu kepada setiap kenyataan yang dibuat Daim dan ini mencerminkan campur tangan yang cukup luar biasa.

Ini memberikan saya pendekatan bahawa campur tangan itu sebenarnya memberi isyarat bahawa dia mmeperlekehkan Anwar yang bakal menjadi perdana menteri kelapan.

“Jadi apa yang saya lihat daripada kenyataan beliau dan maklumat yang diterima, saya masih konsisten menyatakan ada dalang yang cuba untuk menghalang Anwar daripada menjadi perdana menteri dan ini tidak boleh dikompromikan. Kalau memerlukan bukti, saya boleh buktikan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan Daim yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) mempunyai rancangan menghalang peralihan kuasa perdana menteri oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Anwar seperti dipersetujui oleh parti Pakatan Harapan.

Tambah Abdullah Sani, beliau terpaksa ‘mengangkat’ Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bagi mengukuhkan kekuatan Anwar.

“Saya lihat pengorbanan Rafizi dan komiten nya sudah menjurus kepada agenda reformasi sebagai tuntutan rakyat.

“Apabila kita melihat kepada keadaan sekarang dan keperluan parti, pemimpin seperti Rafizi Ramli amat dituntut dan jelas apabila beberapa perkara membabitkan kenegaraan, Daim campur tangan dan ini tidak boleh berlaku,” jelas Abdullah Sani. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Leave a Reply