Home Politik Dakwaan penjawat awam pro-BN sabotaj kerajaan disiasat – Ali Hamsa

Dakwaan penjawat awam pro-BN sabotaj kerajaan disiasat – Ali Hamsa

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 28 Jul – Ketua setiausaha kementerian dan ketua agensi kerajaan telah diarahkan menyiasat dakwaan cubaan sabotaj oleh pegawai kerajaan terhadap lantikan kerajaan baru.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa berkata, tindakan akan diambil terhadap pegawai berkenaan bagi menghormati mandat rakyat kepada kerajaan semasa.

“Saya menyeru para penjawat awam untuk melaporkan sebarang perlakuan khianat kepada ketua-ketua setiausaha dan ketua-ketua perkhidmatan masing-masing. Saya sendiri akan menangani perkara tersebut.

“Tidak akan ada sebarang tolak ansur terhadap sebarang cubaan khianat untuk melemahkan kerajaan semasa dan pentadbirannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kedaulatan undang-undang dan tadbir urus yang baik akan terus didukung, katanya lagi.

Beliau mengulas laporan yang mendakwa pegawai kerajaan pro-BN masuk campur dalam soal pelantikan yang dibuat menteri baru.

Laporan itu memetik beberapa individu yang enggan dinamakan dari tiga kementerian, yang mendakwa menjadi mangsa kepada usaha menghalang mereka daripada dilantik ke dalam kementerian.

Laporan itu mendakwa Numan Afifi Saadan, yang terpaksa meletakkan jawatan sebagai pegawai Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, adalah antara yang menjadi mangsa.

Related Articles

Leave a Reply