Home Semasa Brazil bergaya ke pusingan kalah mati Piala Dunia

Brazil bergaya ke pusingan kalah mati Piala Dunia

by Air Times News Network

MOSCOW, 28 Jun – Jaringan Paulinho dan Thiago Silva berjaya membantu Brazil meraih kemenangan 2-0 ke atas Serbia untuk menempah pertembungan kalah mati Piala Dunia dengan Mexico, Isnin ini.

Keputusan seri 2-2 dalam satu lagi aksi antara Switzerland dan Costa Rica menyaksikan Brazil berada di tangga teratas Kumpulan E dengan tujuh mata.

Switzerland yang menamatkan saingan di kedudukan kedua kumpulan akan berdepan Sweden pada pusingan 16 terakhir.

Serbia berada di kedudukan ketiga dengan mengumpul tiga mata dan tersingkir dari saingan bersama Costa Rica.

Meledak dua gol pada masa kecederaan untuk menewaskan Costa Rica selepas terikat 1-1 dengan Switzerland dalam aksi pembukaan, Brazil turut mengambil masa yang lama untuk menembusi kekebalan pertahanan Serbia.

Hanya selepas 36 minit perlawanan, barulah Brazil berjaya mendapatkan gol pembukaan selepas hantaran Philippe Coutinho disudahkan Paulinho.

Silva kemudian mengesahkan kemenangan 2-0 Brazil apabila menanduk masuk bola sepakan penjuru Neymar pada minit ke-68. – Reuters

Related Articles

Leave a Reply