Home Semasa Sirul Azhar akan pulang ke Malaysia?

Sirul Azhar akan pulang ke Malaysia?

by M.Daim

SYDNEY, 8 Jun – Kerajaan Australia dilapor telah meluluskan permohonan kerajaan Malaysia untuk mengekstradisi Sirul Azhar.

Laporan yang dikeluarkan oleh The Guardian memetik sumber dalaman yang mendakwa kerajaan Malaysia telah menhantar permohonan kepada kerajaan Australia untuk membawa pulang saspek utama kes pembunuhan berprofil tinggi yang berlaku beberapa tahun lalu.

Sumber tersebut turut menyebut bahawa segala kos penghantara pulang dan urusan akan ditanggung oleh kerajaan Malaysia. Sumber itu turut menyebut kedua-dua pihak telah mencapai kata putus selepas rundingan antara kedua pihak berlangsung.

Sirul Azhar dijangka akan kembali ke Malaysia dalam masa tempoh sebulan.

Penghantaran pulang Sirul ke Malaysia sekaligus bakal membuka episod baru pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Altantuya telah dibunuh pada tahun 2006 dan mayat mangsa ditemui di satu kawasan hutan di Subang. Mangsa dipercayai ditembak sebelum mayatnya diletupkan.

Dua saspek utama kes pembunuhan tersebut; Sirul Azhar dan rakannya, Azila Hadri, telah dijatuhkan hukuman mati pada tahun 2009 selepas dibicarakan di mahkamah.

Sirul Azhar menafikan dakwaan bahawa beliau telah membunuh Altantuya dan berjaya melepaskan diri ke Australia pada tahun 2014 ketika proses rayuan hukuman terhadap beliau dijalankan.

Beliau telah disenaraikan dalam Senarai Merah Interpol dan ditahan di Queensland atas kesalahan imigresen. Semenjak itu, beliau ditahan di Pusat Tahanan Villawood sehingga hari ini.

Kerajaan Malaysia sebelum ini telah meminta Sydney untuk mengekstradisi Sirul namun kerajaan Australia enggan berbuat demikian kerana undang-undang serta dasar negara Komanwel itu menolak hukuman mati.

Selepas kemenangan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum yang lalu, pelbagai pihak termasuk kerajaan Mongolia melalui dutanya telah meminta agar kerajaan baharu membuka semula kes pembunuhan berprofil tinggi itu yang selama ini dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib dan isterinya, Datin Rosmah Mansor serta Abdul Razak Baginda.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Pakatan Harapan, turut mengesa siasatan semula kes tersebut dijalankan.

Sirul Azhar sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk mendedahkan kisah sebenar disebalik pembunuhan Altantuya jika diberikan pengampunan penuh. Walaupun begitu, beliau menyuarakan kebimbangan akan keselamatan dirinya pada penghujung Mei lalu.

Related Articles

Leave a Reply