Home SemasaGlobal Pesawat bersama 10 penumpang dan anak kapal hilang di Kenya

Pesawat bersama 10 penumpang dan anak kapal hilang di Kenya

by Pasri Asyraf

NAIROBI – KENYA, 7 Jun – Pasukan penyelamat giat mengesan sebuah pesawat kecil yang membawa 10 penumpang dan anak kapal, selepas ia dilaporkan hilang di utara Nairobi kata agensi bencana kebangsaan, semalam.

Pesawat yang dikendalikan East African Safari Air Express itu berlepas dari barat bandar Kitale pada lewat petang kelmarin.

Ia dilaporkan hilang dari skrin radar kira-kira 80 minit sejurus berlepas.

Pasukan pencari dibantu helikopter polis kini memfokuskan kawasan sekitar 80 kilometer (utara) Nairobi, di pinggir barat pergunungan Aberdare.

Bagaimanapun, pencarian dihalang oleh jarak penglihatan lemah ekoran hujan. – AFP

Related Articles

Leave a Reply