Home Politik Kos ECRL lebih RM55 bilion – Tun Daim

Kos ECRL lebih RM55 bilion – Tun Daim

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Majlis Penasihat Kerajaan mendedahkan kos keseluruhan bagi Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) lebih daripada RM 55 bilion seperti diumumkan kerajaan terdahulu.

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin berkata, kos keseluruhan projek ECRL bukan sekadar RM55 bilion sebaliknya lebih daripada itu.

“Kos projek ECRL bukan RM55 bilion, kos itu hanya membabitkan fasa pertama sahaja, terang beliau ketika sidang akhbar di Menara Ilham hari ini.

“Manakala fasa kedua mungkin melibatkan kos  RM 11 bilion, jika dihitung secara keseluruhannya angka kos keseluruhan menyiapkan projek kereta api ini lebih.. lebih daripada RM55 bilion,” dedah Daim.

Beliau yang juga bekas menteri kewangan berkata, bagaimanapun bukan haknya untuk mengumumkan kos itu sebaliknya kerajaan.

“Hasil perbincangan ini dedahkan lebih RM55 bilion tapi biarlah kerajaan umumkan,” tegasnya.

Dalam pada itu, Daim tidak memutuskan sama ada projek ini akan dibatalkan atau tidak namun akan dikaji.

Sebelum ini BN memaklumkan, secara keseluruhannya, kos pembinaan projek ini adalah RM55 bilion, dan peruntukan baginya telah diumumkan oleh kerajaan semasa pembentangan bajet tahun lepas.

Projek ECRL dijangka siap pada Jun 2024.

Related Articles

Leave a Reply