Home Politik Jho Low diminta pulang selesaikan 1MDB – Daim

Jho Low diminta pulang selesaikan 1MDB – Daim

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Majlis Penasihat Kerajaan mencadangkan ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low pulang ke Malaysia untuk membantu kerajaan menyelesaikan skandal 1MDB.

Pengerusi majlis itu, Tun Daim Zainuddin berkata, Jho Low merupakan saksi terbaik dalam siasatan kes 1MDB.

“Secara dasarnya, saya tahu di mana Jho Low berada, harap Jho Low cepat balik ke Malaysia dan bantu kita selesaikan masalah 1MDB,” katanya selepas mempengerusikan Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham hari ini.

Pada 14 Mei lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan berjaya mengesan lokasi Jho Low, tetapi permohonan mengekstradisi beliau ke Malaysia belum dikemukakan kerana kerajaan tidak dapat melakukan semua perkara serentak,

Sementara itu, Daim berkata, Majlis Penasihat Kerajaan yang ditubuhkan Sabtu lalu sudah mengadakan 40 mesyuarat dalam masa 6 hari dan menemui 50 individu termasuk pegawai kanan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), badan bukan kerajaan dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Beliau berharap semua perkara yang diamanahkan kepada majlis itu dapat diselesaikan dalam masa 100 hari dan kerajaan baru dapat berfungsi dengan baik berdasarkan manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH).

Related Articles

Leave a Reply