Home PolitikPakatan Harapan HARAPAN tawan Putrajaya, Tun M jadi PM ke-7

HARAPAN tawan Putrajaya, Tun M jadi PM ke-7

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia ke-7.

Perkara itu diumumkan dalam sidang media di Hotel Sheraton, Petaling Jaya awal pagi tadi selepas kiraan menunjukkan HARAPAN memperoleh kerusi parlimen yang cukup untuk menang majoriti mudah.

Ini bererti, buat pertama kali dalam sejarah, pertukaran kerajaan persekutuan terjadi di Malaysia selepas 60 tahun BN memerintah.

Pengerusi HARAPAN itu turut memaklumkan bahawa pihak istana juga telah memanggil pemimpin PKR.

Tun Mahathir juga memaklumkan bahawa beliau telah meminta Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Ali Hamsa untuk mengumumkan hari Khamis dan Jumaat sebagai cuti umum seperti dijanjikan HARAPAN sebelum ini.

Susulan itu, Ali melalui kenyataannya di akaun Twitter mengumumkan cuti umum pada 10 dan 11 Mei serta 13 Mei bagi negeri-negeri yang menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari kelepasan mingguan.

Sementara itu, berdasarkan kiraan semasaHARAPAN berjaya mendapat sekurang-kurangnya 115 kerusi parlimen daripada 222.

BN mendapat 74 kerusi, PAS 17 dan calon bebas 3.

Related Articles

Leave a Reply