KUALA LUMPUR, 9 Mei – Calon Pakatan Harapan untuk Parlimen P146 Muar, Syed Saddiq semalam mencabar kepada pihak yang sengaja menyebarkan video palsu mengenai dirinya.
Syed Saddiq yang juga Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia turut menyifatkan tindakan untuk menyebarkan video tersebut adalah kurang bijak.
“Kalau berani, come out,” cabar Ketua Pemuda PPBM kepada pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba menjatuhkannya.
Video lucah yang berdurasi 45 saat yang tular di aplikasi Whatsapp dan Youtube yang didakwa sebagai rakaman aksi lucah Syed Saddiq telah tular di platform media sosial.
Dalam kenyataan di akaun Twitter rasminya, Syed Saddiq menafikan bahawa beliau adalah individu dalam video tersebut.
“Sekurang-kurangnya tunjukkan badan saya yang sebenar,” kata Saddiq yang sekaligus menafikan lelaki dalam rakaman tersebut adalah dirinya.
Di Youtube, terdapat beberapa akaun yang telah bertindak memuat naik rakaman video tersebut. Walaupun begitu, beberapa akaun telah dipadam oleh pihak Youtube kerana melanggar polisi penyiaran penyedia perkhidmatan itu.
Pihak Air Times telah cuba hubungi Syed Saddiq melalui Whatsapp semenjak petang semalam sehingga kini masih belum mendapat maklum balas dari beliau.