Pembubaran tersebut diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman pada sidang akhbar khas yang berlangsung di kediaman rasmi beliau di Sri Gaya di sini sebentar tadi.

“Saya telah mendapatkan persetujuan daripada Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri hari ini bagi pembubaran ini.

“Selepas lima tahun berkhidmat dan mengabdikan diri membela nasib rakyat dan membangunkan Sabah sudah tiba masanya kita menyerahkan kembali mandat kepada rakyat,” katanya.

Turut hadir ialah anggota Kabinet Negeri Sabah dan para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).