Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Ops Awas Keris/Parang Siri 2 2018 diserahkan kepada 13RAMD

Ops Awas Keris/Parang Siri 2 2018 diserahkan kepada 13RAMD

by M.Daim

SERIKIN, 2 APRIL 2018 – Batalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu Diraja (11RAMD) telah menyerahkan tugas Op Awas Keris/Parang Siri 2/2018 kepada Batalion Ketigabelas Rejimen Askar Melayu Diraja (13RAMD) pada 31 Mac 2018.

Perbarisan serah terima tugas yang diketuai oleh Mejar Noor Azmeer bin Mohd Sani itu telah disaksikan oleh Panglima 3 Briged, Brigadier Jeneral Mohd Bustaman bin Hj Mat Zin.

Semasa ucapan beliau pada perbarisan serah menyerah tersebut, pasukan 11RAMD telah mewujudkan Key Performance Index yang cemerlang sewaktu Operasi Awas Keris/Parang Siri 1/2018. Justeru, beliau juga berharap agar pasukan 13RAMD yang diketuai oleh Lt Kol Ismahizan bin Ishak, dapat meneruskan legasi yang di tinggalkan oleh 11RAMD pada operasi yang lepas.

Tentera Darat Malaysia dan TNI-AD akan terus berkerjasama dalam mengawal sempadan Malaysia-Indonesia. Foto: 3 Briged

Pasukan 11RAMD yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Salmi bin Istikh Ahmad telah berjaya menangani 3 kes curi, 23 kes kemasukan PATI dan 10 kes penyeludupan barang terkawal pada operasi yang berakhir pada 31 Mac 2018 dengan anggaran jumlah harga barang rampasan sebanyak RM 884,831.60.

Majlis serah terima tugas ini berakhir pada jam 12 tengahari dan diakhiri dengan aktiviti lawatan bersama TNI-AD ke Pasar Sempadan Serikin.

Turut hadir semasa perbarisan serah terima tugas tersebut ialah Brigadier Jeneral TNI Bambang Ismawan, Komandan Kolakopsrem 121/ABW; Dato’ Henry Harry ak Jinep, ADUN Tasik Biru; DSP Kinsi ak Billu, Wakil Pegawai Memerintah Batalion 11 PGA; Inspektor Ali Rahman bin Salleh, Wakil Pegawai Operasi Bahagian Jenayah IPD Bau; dan En Jipis ak Gobis, Ketua Kampung Serikin.

Related Articles

Leave a Reply