Home PolitikPakatan Harapan SPR bersekongkol dengan UMNO Barisan Nasional – Manivannan

SPR bersekongkol dengan UMNO Barisan Nasional – Manivannan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Ahli Parlimen Kapar, G. Manivannan berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersekongkol dengan Barisan Nasional (BN) khususnya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam usul kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya bagi Semenanjung Malaysia.

Manivannan berkata ini kerana kerusi Parlimen Kapar telah dipotong supaya ia menjadi kerusi majoriti masyakarat melayu dan dengan anggapan masyarakat Melayu selepas ini akan mengundi UMNO pada pilihan raya yang akan datang.

‘Ini adalah satu muslihat yang telah dirancang secara halus dan terperinci’, katanya.

‘Institusi SPR yang sepatutnya bebas, adil dan bertanggungjawab kepada masyarakat hari ini bersekutu dengan permainan politik yang dimainkan oleh UMNO dan BN’.

‘SPR telah memberikan keistimewaan kepada kerusi-kerusi yang UMNO dan BN akan bertanding’, ujar beliau.

Usul persempadanan semula kawasan pilihan raya yang disyorkan SPR lulus selepas sesi belah bahagi di Dewan Rakyat pada 28 Mac lalu, dengan 129 menyokong dan 80 menolak.

Related Articles

Leave a Reply