Home PolitikPakatan Harapan KWSP untuk suri rumah, idea ‘lapok’ PH

KWSP untuk suri rumah, idea ‘lapok’ PH

by Nurulhuda

Shah Alam, 9 Mac – Pakatan Harapan (PH) terus mengumumkan manifesto populis yang sering dilabel banyak pihak sebagai tidak berpijak di bumi yang nyata. Dengan mensasarkan 100 hari, PH berazam mahu melaksanakan kesemua janji manifestonya walaupun ada diantaranya kelihatan sukar untuk dilakukan.

PH juga seperti ketandusan idea apabila turut menyenaraikan bayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah yang mana caruman akan disumbangkan daripada caruman KWSP para suami yang berkerja pada kadar 2% sebulan yang tidak membebankan. Sedangkan kerajaan melalui KWSP telah memperkenalkan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia pada tahun 2010 untuk merancang masa depan mereka bagi menggalakkan golongan bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap mempunyai simpanan untuk persaraan.

Skim yang dilaksanakan oleh KWSP ini pada Januari 2010, setakat ini telah menarik minat 14,786 individu dengan jumlah caruman sebanyak RM13.2 juta. Menurut Tan Sri Azlan Zainol, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, skim ini semakin mendapat perhatian golongan pemandu teksi, nelayan, petani, penjaja, peniaga kecil, karyawan, golongan freelance seperti deejay dan sebagainya. KWSP kini turut mensasarkan suri rumah untuk menyertai skim ini.

Tidak seperti Skim Simpanan KWSP yang wajib bagi pekerja, pencarum skim ini tidak disyaratkan menyimpan secara bulanan sebaliknya boleh menyimpan apabila mereka mampu. Pencarum dibenarkan untuk membuat caruman maksimum sehingga RM5,000 sebulan. Ternyata manifesto yang dilancarkan oleh Pakatan Harapan hanyalah sebagai ulangan terhadap apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan yang sedia ada.

 

Related Articles

Leave a Reply