Home SemasaGlobal Korea Selatan sertai Latihan Ketenteraan Bersama AS dan Thailand

Korea Selatan sertai Latihan Ketenteraan Bersama AS dan Thailand

by Noor Sheila Amin

Korea Selatan menyertai Latihan Ketenteraan Bersama AS dan Thailand

SATTAHIP – Thailand,  19 Feb – Tentera Korea Selatan menyertai latihan ketenteraan bersama negara Thailand dan AS (Eks Cobra Gold) pada Sabtu lepas dalam latihan pendaratan kenderaan amfibia, termasuk komponen kemanusiaan seperti latihan evakuasi, serta latihan ketenteraan tradisional sebagai sebahagian daripada latihan ketenteraan multinasional terbesar di Asia Tenggara. Latihan selama seminggu, telah diadakan di sekitar Pangkalan Kor Marin Royal Thai Sattahip di wilayah Chonburi timur mulai 17 Feb sehingga 23 Feb 18.

Seramai 300 askar dari Korea Selatan yang menyertai 2,000 tentera AS dan tentera Thailand di bahagian timur Thailand dimana jumlah  penyertaan tertinggi dari negara Asia Timur sejak menyertai latihan Cobra Gold pada tahun 2010 di kala ketegangan yang sangat tinggi di Korea.

Ketegangan di Korea terutamanya membabitkan kebimbangan mengenai keupayaan nuklear Korea Utara, yang telah menyebabkan pengisytiharan “saber-rattling” diantara Washington dan Pyongyang.

“Sahabat kami di Korea Selatan, kami berdiri dengan mereka, kami bekerja dengan mereka,” “Kami adalah sekutu, kami terus menyelaraskan dan mengekalkan tekanan. Semoga melalui cara diplomatik, kami akan dapat menyelesaikan beberapa resolusi yang berjaya” kata Jeneral Robert Neller, komander Kor Marin A.S.

Seramai 11,075 ahli dari 29 negara mengambil bahagian dalam latihan bersama negara Thailand, A.S., Singapura, Jepun, Korea Selatan, Indonesia dan Malaysia pada tahun ini. Terdapat 6,800 anggota tentera A.S. yang menghadiri latihan itu.

Kapal yang mengambil bahagian dalam latihan  pada Sabtu lepas termasuk kapal serangan amfibi A.S.S Bonhomme Richard dan kapal pendaratan Korea Selatan Cheon Ja Bong.

Matlamat latihan ini adalah untuk meningkatkan kerjasama keselamatan, membangunkan pasukan pengaman dan mengekalkan kesediaan untuk bantuan kemanusiaan dan misi bantuan bencana.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!