KOTA KINABALU, 24 Mac – Eksesais OSTEX EAST siri 1/2022 yang dilaksnakan di Laut China Selatan memberi penekanan terhadap latihan kemahiran seperti komunikasi, navigasi, peperangan dan juga ilmu kelautan bagi tujuan meningkatkan kompetensi warga kapal.
Markas Pemerintahan Armada Timur dalam hantaran di media sosialnya berkata, latihan selama 12 hari bermula 14 hingga 24 Mac 2022 melibatkan aset-aset TLDM di Armada Timur dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Labuan.
“Aset-aset yang terlibat adalah Kapal Kelas Peronda, Kapal Kelas LMS, Kapal Pembinasa Laju, Helikopter Fennec milik TLDM, Kapal Selam, Scan Eagle Unmanned Aerial System (UAS) dan pesawat Hawk milik TUDM,” katanya.
Menurutnya, seramai 600 anggota telah terlibat dalam latihan OSTEX EAST 1/22 kali ini.
Katanya, kapal-kapal TLDM turut memperagakan kehadiran di perairan Laut China Selatan khususnya perairan Sarawak.
“Antara aset-aset TLDM dan TUDM terlibat adalah KD PERAK, KD SUNDANG, KD BADIK, KD TODAK, KD SERANG, KD GANAS, KD BAUNG, KD TUN RAZAK, Bot Tempur TLDM, SKN 501 Helikopter FENNEC milik TLDM dan 2 pesawat HAWK milik TUDM serta Skuadron 601 UAS,” jelasnya. – airtimes.my
Galeri gambar: