Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Perolehan kapal baharu, skuadron UAS antara kejayaan penting TLDM – Panglima Tentera Laut

Perolehan kapal baharu, skuadron UAS antara kejayaan penting TLDM – Panglima Tentera Laut

by Air Times News Network

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=3XyJ3xzP5y0[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 28 Apr – Setelah hampir 9 dekad berkhidmat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah melalui pelbagai transformasi dalam merangka pelan pembangunan peningkatan keupayaan pertahanan Armada.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata, TLDM telah menyaksikan beberapa kejayaan dalam aspek perancangan pembangunan pada awal tahun 2021.

“Pada 4 Mac, penubuhan Skuadron 601 sebagai unit pertama seumpamanya yang ditubuhkan khas bagi mengoperasikan Unmanned Aerial System (UAS) ScanEagle di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya dalam perutusan Hari TLDM ke-87 di Pangkalan TLDM, Lumut, semalam.

Skuadron 601 ditubuhkan bertujuan untuk meningkatkan pemantuan dan pengawasan perairan di seluruh negara.

Mohd Reza berkata, kejayaan lain adalah pentauliahan Littoral Mission Ship (LMS) Kedua iaitu KD SUNDANG pada 5 Mac yang lalu.

Manakala LMS Pertama iaitu KD KERIS telah tiba di Pangkalan TLDM, Kota Kinabalu, Sabah dari China pada 17 Jan tahun lepas.

Seterusnya, LMS Ketiga dan Keempat pula dijangka akan diterima pada bulan Oktober dan Disember tahun ini.

Projek Perolehan LMS ini telah mencorakkan dimensi baharu dalam sistem kesiagaan TLDM untuk melaksanakan peranannya yang semakin meluas dan mencabar bagi melindungi keselamatan dan kedaulatan perairan negara, khususnya di perairan Sabah dan Sarawak.

Selain itu, pada awal tahun ini juga, Mohd Reza berkata TLDM telah menerima 6 buah bot pemintas Fast Interceptor Craft (FIC) yang akan diletakkan dalam Skuadron Fast Combat Boat (FCB) sebagai elemen sokongan pertahanan maritim negara, terutama kepada kapal-kapal TLDM dalam penugasan Op Benteng.

FIC merupakan aset baharu TLDM yang dibina oleh syarikat tempatan, Gading Marine Shipyard (M) Sdn Bhd (GMI) di Lumut Port Industrial Park, Perak telah diserahkan kepada TLDM pada 19 Mac lalu.

Semalam, warga The Navy People telah menyambut Hari TLDM ke-87 yang bertemakan ‘TLDM Siaga, Kedaulatan Terpelihara’.

Istiadat perbarisan Hari TLDM kali ini melibatkan 9 kontinjen yang dibahagi kepada 3 divisyen yang terdiri daripada 28 pegawai dan 478 anggota lain-lain pangkat (LLP) yang diketuai Komander Salleh Sauli TLDM di Padang Kawad KD Pelandok, Pangkalan TLDM. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply