Home Pertahanan dan Keselamatan Kerajaan peruntuk dana, sokong pembangunan teknologi pertahanan

Kerajaan peruntuk dana, sokong pembangunan teknologi pertahanan

by Air Times News Network

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=qmBBXHzdYZA[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Kerajaan sentiasa menyokong cadangan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang berteknologi tinggi bagi meningkatkan keupayaan berdikari dalam teknologi pertahanan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, menerusi peruntukan Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12), kerajaan telah memperuntukkan sejumlah dana kepada Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE).

“Kerajaan sentiasa menyokong cadangan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dalam bidang berteknologi tinggi bagi meningkatkan keupayaan berdikari dan teknologi pertahanan,

“Melalui peruntukan RMKe-12, kerajaan telah memperuntukkan dana kepada STRIDE untuk melaksanakan projek R&D yang berteknologi tinggi seperti Unmanned Aerial Systems (UAS),” katanya ketika sesi penggulungan RMKe-12 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, cadangan ini selari dari Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman dan Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong yang mahu aset pertahanan ditambah dalam RMKe-12.

“Untuk makluman, Yang Berhormat Sik dan Hulu Rajang, bukan sahaja UAS dalam RMKe-12 ini, Tentera Darat telah merancang perolehan elemen mobiliti daratan, mobiliti perairan, aset pertahanan udara, pengangkutan udara taktikal, aset kuasa tembakan dan aset pertahanan elektronik serta logistik,

“Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan Program Transformasi 15-to-5 dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pula melalui Pelan Rancangan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (CAP55),

“Fokus pembangunan 10 tahun pertama pelan ini ialah penggantian aset-aset tamat jangka hayat melalui perolehan baru dan menaik taraf pesawat yang telah usang melalui Service Life Extension Programme (SLEP),” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, Malaysia turut menerima bantuan kerjasama dan sumbangan daripada negara yang rakan, terutamanya dalam penyelidikan serta menangani ancaman secara bersama seperti keganasan dan lanun. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply