Home SemasaKursus Marshalling, pengendalian Bilik Gerakan tingkat kecekapan Polis Pahang

Kursus Marshalling, pengendalian Bilik Gerakan tingkat kecekapan Polis Pahang

by Zaki Salleh
A+A-
Reset
IPOH, 27 APR – Polis Diraja Malaysia Kontinjen Pahang telah menganjurkan dua kursus serentak bagi memperkasakan keupayaan anggotanya dalam aspek operasi dan pengurusan taktikal.
Ia melibatkan Kursus Marshalling dan Pengurusan Tapak Pendaratan Helikopter Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Kontinjen Pahang serta Kursus Pengendalian Bilik Gerakan.
Latihan marshalling udara telah dijalankan di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara di sini.
Manakala kursus pengendalian bilik gerakan pula berlangsung di Pusat Latihan PGA Kem Briged Utara.
Kursus Lanjutan Marshalling JKDNKA merupakan latihan khusus bagi meningkatkan kemahiran anggota dalam pengurusan lapangan dan keselamatan operasi.
Ia merangkumi taklimat penyelarasan operasi, pematuhan prosedur operasi standard serta latihan teknikal marshalling.
Latihan ini bertujuan mempertingkat kecekapan anggota dalam pengaturan operasi khas dan kawalan orang ramai.
Peserta terdiri daripada anggota JKDNKA di peringkat daerah dan kontinjen Pahang.
Sementara itu, Kursus Pengendalian Bilik Gerakan memberi penekanan kepada aspek pengurusan pusat kawalan secara sistematik.
Ia bertujuan membentuk sikap kerjasama berpasukan serta meningkatkan kemahiran mengendalikan bilik gerakan secara efektif.
Peserta turut didedahkan kepada kepentingan keselamatan, prosedur kerja serta peranan dan fungsi bilik gerakan.
Latihan ini juga melengkapkan peserta dengan keupayaan menubuh dan mengurus keperluan operasi bilik gerakan.
Sepanjang kursus, peserta dilatih dalam pelbagai kemahiran termasuk struktur organisasi dan tugas pusat kawalan.
Terdahulu, majlis perasmian penutup kedua-dua kursus telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan KDNKA IPK Pahang,  SAC Dato’ Rosman Kasman.

Related Articles

Leave a Reply