Home GlobalPegawai diplomatik Indonesia maut ditembak di Peru

Pegawai diplomatik Indonesia maut ditembak di Peru

by Zulfadhli Azmie
A+A-
Reset

JAKARTA, 3 SEPT – Kementerian Luar Negeri Republik Indonesia mengesahkan seorang pegawai Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Lima, Peru maut selepas ditembak tiga kali oleh individu tidak dikenali pada 1 September lalu.

Menterinya, Sugiono berkata, pihaknya telah meminta Kementerian Luar Negeri Peru dan polis tempatan menjalankan siasatan menyeluruh sehingga kes dapat diselesaikan.

“Saya telah mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Peru untuk meminta agar siasatan dilakukan secara menyeluruh, telus dan segera, serta menuntut jaminan perlindungan terbaik bagi pegawai diplomatik dan warga negara Indonesia di Peru,

“KBRI Lima ketika ini terus berhubung dengan pihak berkuasa tempatan berhubung proses siasatan, di samping memberikan bantuan sepenuhnya kepada keluarga mangsa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, mangsa, Zetro Leonardo Purba difahamkan ditembak tiga kali ketika menunggang basikal, hanya beberapa meter dari kediamannya di bandar Lince pada malam Isnin waktu tempatan.

“Menteri Luar Negeri Republik Indonesia menyampaikan rasa dukacita atas pemergian Encik Zetro Leonardo Purba. Allahyarham meninggal dunia selepas menjadi mangsa tembakan oleh pihak tidak dikenali di kawasan Av. César Vallejo, Distrik Lince, Lima,” tambahnya.

Dalam pada itu, Sugiono menegaskan, kementeriannya komited memastikan kebajikan keluarga mangsa, termasuk segala hak Allahyarham akan ditunaikan. Pihak Peru turut diminta memastikan perlindungan terbaik kepada semua pegawai diplomatik serta warga negara Indonesia di negara tersebut.

“Kerajaan Indonesia akan terus memantau perkembangan siasatan bersama pihak berkuasa Peru, dengan komitmen memastikan keadilan dapat ditegakkan,” -airtimes.my

#AirTimes #Indonesia #Peru #Diplomasi #Keselamatan

Related Articles

Leave a Reply