Home SemasaPGU PDRM perkasa peranan srikandi udara

PGU PDRM perkasa peranan srikandi udara

by Suraya Aziz
A+A-
Reset

Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) meletakkan peranan wanita penting dalam pasukan itu sebagai juruterbang dan pemerhati udara sekaligus mengukuhkan peranan mereka dalam memelihara keselamatan negara.

Inspektor Siti Nabilah Abdullah, antara perintis juruterbang wanita PDRM, kini menerbangkan pesawat Cessna Caravan 208 bagi tujuan rondaan taktikal dan pemantauan maritim.

Bersama dua lagi teman seperjuangan, mereka berjaya membuktikan tugas mencabar di ruang udara bukan lagi dimonopoli lelaki, sebaliknya tanggungjawab dan amanah menjaga keselamatan negara boleh digalas wanita.

“Saya antara 4 pegawai wanita pertama yang bergelar juruterbang dalam PDRM daripada 15 orang yang memohon. Jika sebelum ini jumlahnya sangat sedikit, kini semakin ramai wanita menunjukkan minat dan keberanian untuk menceburi bidang ini,

“Juruterbang wanita dalam sektor komersial memang ramai. Dalam PDRM, kami mahu menjadi perintis dan membuktikan bahawa wanita juga mampu melakukan apa yang juruterbang lelaki lakukan,” katanya yang menyertai PGU pada 2021 selepas 6 tahun bertugas sebagai Inspektor di Bukit Aman.

Menurut beliau, kerjaya sebagai juruterbang PGU menuntut tahap disiplin, minat dan kecekalan yang tinggi kerana kumpulan ini berperanan sebagai ‘mata dan telinga’ PDRM, terutama dalam menangani jenayah.

“Antara tugas kami ialah menjalankan rondaan dan pemantauan udara termasuk operasi maritim, memantau aktiviti penyeludupan di kawasan perairan. Semasa di udara, kami berkomunikasi dengan pasukan di darat dan memaklumkan tentang pergerakan semasa rondaan,” tambahnya.

Pemerhati Udara PGU, Koperal Nur Shuhada Mohd Saad (Foto: AirTimes/ Zulhaizi)

Selain juruterbang wanita PGU PDRM juga memberi kepercayaan golongan hawa menjawat sebagai pemerhati udara.

Salah seorang daripadanya, Koperal Syuhada Mohd Saad yang bertugas di Pangkalan PGU Subang yang telah menyemat sayap tersebut sejak 5 tahun lalu.

Ujarnya, pemerhati udara berperanan membantu juruterbang mengenal pasti risiko di laluan terbang, navigasi dan tinjauan udara.

“Kerjaya ini lasak dan sangat mencabar namun memberi kepuasan. Berganding dengan anggota lelaki kita juga berdepan cabaran sama. Memang ada resiko semasa terbang namun sebagai anggota polis itu adalah tanggungjawab yang kami galas,” terangnya.

Ujarnya, kini PGU mempunyai seramai 21 pemerhati udara wanita. Sama seperti anggota lelaki, kami juga perlu sentiasa sihat dan cergas termasuk menjalani pemeriksaan kesihatan rutin sebagai syarat untuk terbang.

Komander Pasukan Gerakan Udara (PGU), Deputi Komisioner Polis (DCP) Datuk Noor Sham Md Jani (Foto: AirTimes / Zuhaizi)

Sementara itu, Komander PGU, Deputi Komisioner Polis (DCP) Datuk Noor Sham Md Jani berkata, dasar pembukaan ruang kepada wanita dalam bidang penerbangan taktikal diperkenalkan pada 2021 oleh mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Tegasnya, ketika itu peranan wanita dalam tugas menjaga keselamatan negara serta membantu agensi keselamatan yang lain melalui pengawasan dan rondaan dari udara masih kurang disebabkan beberapa limitasi.

Justeru, ia membawa kepada pengambilan juruterbang selepas 46 tahun penumbuhannya pada 1979. PGU dahulunya dikenali sebagai Unit Udara Polis (UUP) sebelum dijenamakan semula pada 2012.

Tegasnya dengan memberi penekanan terhadap profesionalisme, tiada pengecualian atau sikap ‘berat sebelah’ antara juruterbang lelaki mahupun wanita, lebih lagi apabila melibatkan latihan dan standard yang ditetapkan oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia.

“Ketika ini, kita sedang melatih 9 juruterbang helikopter dengan 6 daripadanya merupakan wanita. Sekiranya layak, kesemua mereka akan menerima menamatkan latihan dan ditauliahkan sebagai juruterbang Ogos depan,” ujarnya. – airtimes.my

#FGU #Juruterbangwanita #pemerhatiudara #Malaysia #AirTimes

Related Articles

Leave a Reply