Home GlobalPesawat peronda Tentera Laut Korea Selatan terhempas ketika latihan

Pesawat peronda Tentera Laut Korea Selatan terhempas ketika latihan

by Aqilah Azman
A+A-
Reset

SEOUL, 29 MEI – Sebuah pesawat peronda maritim milik Tentera Laut Korea Selatan yang membawa empat anak kapal, dilaporkan terhempas berhampiran pangkalan tentera di bandar selatan Pohang, pada Khamis.

Insiden melibatkan pesawat rondaan jenis P-3C itu berlaku semasa sesi latihan penerbangan pada jam 1:43 petang.

Menurut Pegawai Tentera Laut, Cho Young-sang, memaklumkan dua mayat anak kapal telah ditemui mayat dan kini sedang dipindahkan ke hospital berdekatan.  Manakala, operasi mencari dan menyelamat bagi dua lagi anak kapal masih diteruskan.

“Setakat ini, tiada laporan mengenai korban awam di kawasan kejadian,” tambahnya.

Tentera laut dalam satu kenyataan turut memaklumkan, bahawa semua penerbangan P-3 digantung buat sementara waktu, dan pasukan petugas telah ditubuhkan untuk menyiasat punca nahas.

Sementara itu, pusat kecemasan di Pohang melaporkan, bahawa pasukan penyelamat, termasuk anggota bomba serta trak air bomba telah dikerahkan ke lokasi kejadian, selepas menerima laporan daripada penduduk tempatan.

“Skala dan tahap kerosakan akibat kebakaran itu masih belum dapat dipastikan,” menurutnya.

Terdahulu, pada Disember lalu, sebuah pesawat penumpang Jeju Air terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan di selatan Korea Selatan, mengorbankan hampir semua kecuali dua daripada 181 orang di dalam pesawat. Kejadian itu menjadi antara bencana udara paling tragik dalam sejarah penerbangan negara itu. -airtimes.my

#Airtimes #pesawatperonda #maritim #tenteralaut #KoreaSelatan

Related Articles

Leave a Reply