MARDID, 20 MEI – Sebuah pesawat milik syarikat milik syarikat penerbangan Lufthansa yang membawa seramai 199 penumpang dan enam kru dilaporkan terbang tanpa kawalan juruterbang selama 10 minit.
Menurut laporan Suruhanjaya Penyiasatan Kemalangan dan Insiden Penerbangan Awam Sepanyol (CIAIAC), kejadian cemas itu berlaku pada 17 April 2024 ketika pesawat Airbus A321 dalam penerbangan dari Frankfurt, Jerman ke Seville, Sepanyol.
Difahamkan berdasarkan laporan siasatan rasmi itu, kapten pesawat dimaklumkan keluar dari kokpit untuk ke tandas ketika kejadian, manakala pembantu juruterbang secara tiba-tiba pengsan dan mengakibatkan pesawat berada dalam keadaan hampir cemas tanpa sebarang kawalan manusia.
Sehubungan itu, Syarikat penerbangan Lufthansa dalam satu kenyataan memaklumkan, mereka menyedari tentang laporan siasatan tersebut dan jabatan keselamatan penerbangan mereka turut menjalankan siasatan dalaman.
“Kami memohon kefahaman anda bahawa kami tidak akan mengulas di luar laporan siasatan,” katanya, yang juga tidak mendedahkan hasil siasatan dalaman itu.
Bagaimanapun, kapten berjaya kembali ke kokpit tepat pada masanya dan melakukan pendaratan cemas di Mardid, Sepanyol.
Sementara itu, pembantu juruterbang kemudiannya dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut. -airitmes.my
#AirTimes #Lufthansa #Mardid #Sepanyol