if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Tarif balas AS: Pembangkang desak kerajaan tangguh dasar bebankan rakyat

Tarif balas AS: Pembangkang desak kerajaan tangguh dasar bebankan rakyat

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Kerajaan disaran untuk menangguhkan pelaksanaan dasar-dasar baharu yang berisiko menekan kos sara hidup rakyat, termasuk kenaikan harga RON95 dan tarif elektrik yang dijangka bermula pertengahan tahun depan.

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, langkah-langkah sedemikian mampu melemahkan sentimen perniagaan dan menambah beban pengguna.

“Saya ingin mendesak kerajaan kalau boleh kerajaan perlu prihatin dan ambil serius kesan perlaksanaan tarif ini kita tangguhkan sebarang perubahan dasar,

“Terutamanya fiskal negara kita yang boleh memberi tekanan kos dan melemah sentimen perniagaan dan akhirnya membebankan pengguna,” katanya ketika perbahasan sesi khas Dewan Rakyat berkait tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS), hari ini.

Selain menyeru agar skop peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) turut ditangguhkan, Hamzah turut mempertikaikan keputusan kerajaan berhubung pembelian 30 pesawat Boeing, yang menurutnya tidak wajar dilakukan ketika ekonomi negara masih belum stabil.

“Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini kalau boleh kita tangguh, kita tangguhkanlah dahulu. Inilah permintaan kami di pihak sini ,” ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, Hamzah juga turut mencadangkan agar kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi membincangkan pelbagai perkara berbangkit susulan pelaksanaan tarif timbal balas oleh Presiden Donald Trump itu.

Tambahnya, terdapat perkara yang perlukan perbincangan bersama antara wakil rakyat kerajaan dan pembangkang, merujuk kepada kejayaan jawatankuasa khas pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

“Dulu masa kita bincang isu CPTPP, kita bukan hanya bawa perkara itu di Parlimen tetapi kita tubuh jawatankuasa dianggota Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang supaya apa yang kita nak nilai itu ‘transparent’,

“Dalam itu nanti sudah pasti kita akan beri pandangan, cadangan kami… kerana apabila ianya dibawa ke jawatankuasa kita sama-sama boleh bincangkan,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia berada dalam kedudukan ekonomi yang kukuh dan bersedia menghadapi sebarang cabaran global menerusi reformasi struktur di bawah kerangka Ekonomi MADANI.-airtimes.my

#semasa #Malaysia #AS #tarif #airtimes #Anwar #pembangkang

 

Related Articles

Leave a Reply