if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home SemasaGlobal Iran dedah peluru berpandu balistik baharu, beri amaran balas terhadap ancaman luar

Iran dedah peluru berpandu balistik baharu, beri amaran balas terhadap ancaman luar

by Aqilah Azman

TEHRAN, 5 MEI – Kementerian Pertahanan Iran semalam mengumumkan pelancaran peluru berpandu balistik terbaharu negara itu, dikenali sebagai “Qassem Basir”, yang dilengkapi sistem pemanduan dan kawalan arah terkini bagi mengatasi pertahanan udara berbagai lapisan serta mampu melakukan serangan tepat tanpa bantuan sistem navigasi satelit (GPS).

Pengumuman itu dibuat melalui siaran televisyen rasmi Iran dalam satu wawancara khas bersama Menteri Pertahanan, Jeneral Aziz Nasirzadeh.

Menurut beliau, sistem peluru berpandu baharu itu mampu melaksanakan serangan tepat terhadap sasaran yang dikenal pasti, walaupun tanpa bantuan GPS.

“Qassem Basir dibangunkan dengan ciri keupayaan mengelak sistem pertahanan peluru berpandu dan boleh menyerang sasaran spesifik dengan ketepatan tinggi walaupun dalam situasi pelbagai gangguan medan,” ujar beliau.

Sistem itu telah diuji secara rasmi pada 17 April lalu dan mempunyai jarak jangkauan sekurang-kurangnya 1,200 kilometer dan direka bagi menembusi lapisan pertahanan udara canggih dan berupaya mengenal pasti sasaran tertentu daripada kumpulan sasaran bergerak.

Pada masa sama, pengumuman ini juga dibuat ketika hubungan antara Tehran dan Washington semakin tegang susulan kenyataan terbaharu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Pete Hegseth, yang memberi amaran kepada Iran berhubung sokongan negara itu terhadap kumpulan bersenjata di Yaman.

Bagaimanapun, Nasirzadeh menegaskan, Iran tidak akan teragak-agak untuk bertindak balas secara langsung, jika mana-mana pihak memulakan peperangan, sama ada Amerika Syarikat mahupun Israel, Iran.

“Sekiranya serangan dilancarkan ke atas Iran, semua kepentingan, kemudahan dan pangkalan tentera musuh di mana-mana sahaja akan menjadi sasaran sah kami,” katanya sambil menegaskan bahawa negara itu tidak bermusuh dengan jiran serantau dan tetap mengutamakan hubungan bersaudara.

Mengulas lanjut,  serangan peluru berpandu oleh kumpulan bersenjata Yaman ke atas sebuah lapangan terbang utama minggu lalu, Nasirzadeh menolak sebarang kaitan langsung Iran dengan serangan tersebut.

Beliau berkata demikian, menegaskan bahawa Yaman merupakan negara berdaulat yang membuat keputusannya sendiri.

Dalam masa yang sama, ketegangan turut meningkat apabila Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berikrar untuk melancarkan tindak balas besar terhadap kumpulan terbabit serta penyokong mereka di rantau ini.

Sementara itu, rundingan tidak langsung antara Iran dan Amerika Syarikat yang dijadualkan berlangsung pada 3 Mei di Rom dilaporkan telah ditangguhkan atas permintaan Menteri Luar Oman yang bertindak sebagai perantara. Setakat ini, tiada tarikh baharu diumumkan.

Program peluru berpandu balistik Iran mula digerakkan selepas negara itu mengalami serangan Scud semasa Perang Iran-Iraq. Sejak itu, republik tersebut terus memperkukuh keupayaan peluru berpandunya bagi menampung kekurangan dalam sektor pertahanan udara dan pesawat tempur moden akibat sekatan antarabangsa.

Beberapa pemimpin Barat turut menyuarakan kebimbangan terhadap potensi Iran untuk menghasilkan senjata nuklear, ketika konflik antarabangsa semakin memuncak susulan pengayaan uranium yang semakin menghampiri tahap ketenteraan. – airtimes.my

#AirTimes #QassemBasir #PeluruBerpandu #Iran

Related Articles

Leave a Reply