Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kolumnis: Sang Saka Biru mendepani cabaran keamanan negara – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan Kolumnis: Sang Saka Biru mendepani cabaran keamanan negara

Kolumnis: Sang Saka Biru mendepani cabaran keamanan negara

by Zaki Salleh

Hari ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) meraikan Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-218, angka tersebut menunjukkan usia perkhidmatan pasukan keselamatan ini.

PDRM atau juga dipanggil Sang Saka Biru bersempena nama panggilan pada bendera pasukan tersebut merupakan institusi keselamatan utama negara.

Walaupun perkhidmatan polis memasuki usia dua abad, namun pasukan polis moden negara bermula selepas Perang Dunia Kedua apabila institusi kepolisan disusun semula.

Bermula tempoh itu, pasukan polis telah melalui pelbagai evolusi, bukan sahaja daripada segi imej dan tugasan, malah berjaya mengharungi cabaran keselamatan.

Cabaran pada era 40an ialah memulihkan kembali keamanan selepas perang sebelum meletusnya bibit-bibit gerakan radikal yang membawa kepada berlakunya Darurat.

Ancaman pengganas komunis dan gerakan subversif berlanjutan sehingga 1980an. Pada pertengahan 1960an pula berlaku Konfrontasi Malaysia-Indonesia. Selain tentera, polis tidak terkecuali.

Biarpun berdepan trend jenayah semasa yang lebih mencabar termasuk jenayah siber, kita lihat PDRM sentiasa bersiap sedia dengan kepakaran dan ketangkasan pegawai serta anggotanya.

Peranan ini dimainkan insititusi latihan iaitu Pusat Latihan Polis atau Pulapol atau dulunya dikenali sebagai Depoh Polis.

Semestinya corak latihan semasa tahun 60an,  80an dan 90an tidak sama kerana ia berubah mengikut corak keperluan, tetapi asas latihan disiplin polis terus kekal.

Pulapol melatih pegawai pangkat rendah polis (anggota biasa) dan pegawai kanan (pegawai) dengan ilmu asas kepolisan seperti undang-undang, berkawad, persenjataan dan tatacara asas operasi.

Satu lagi institusi latihan PDRM yang penting ialah Maktab Pegawai Kanan Polis di Cheras yang melaksanakan pelbagai latihan lanjutan kepada pegawai-pegawai kanan.

Sering diajukan soalan, adakah anggota polis generasi hari ini tidak sehebat polis generasi terdahulu?

Sebenarnya, anggota polis semua era berdepan dengan cabaran tersendiri mengikut masa, iaitu sejak era kepolisan moden selepas perang dunia kedua hingga ancaman komunis (Darurat dan Insurgensi).

Selain jenayah, PDRM berdepan cabaran berkaitan isu integriti kerana sikap segelintir pegawai dan anggota tidak mematuhi undang-undang serta ‘gelap mata’ ketika menjalankan tugas.

Ini kerana peluang untuk melakukan salah guna kuasa adalah terbuka.

Integriti ini pun bukan isu baharu, cuma PDRM lebih menjadi perhatian kerana ia merupakan pasukan berseragam yang berdepan dengan masyarakat.

Bagaimana pun, dari masa ke masa pihak kepimpinan PDRM sentiasa memperkemaskan pegawai dan anggota mereka melalui program pemantapan dari sudut intelektual dan imej termasuk cara berkomunikasi dengan masyarakat.

Ini termasuk penggunaan kamera badan sebagai langkah meningkatkan integriti.

Seperti mana-mana pasukan keselamatan di negara maju, PDRM tidak terkecuali memberikan perhatian pada peralihan teknologi.

Ia baik pada sistem persenjataan, perhubungan, jentera dan kelengkapan-kelengkapan sokongan.

Kecanggihan teknologi dan era digital ketika ini telah menjadi satu alat wajib atau ‘tools’ kepada mana-mana agensi keselamatan.

Kita melihat warga polis Gen Z sebagai generasi yang lahir dalam era digital dan pengguna gajet digital lebih mesra dengan teknologi terkini berbanding generasi sebelumnya.

Mereka adalah kelompok yang mesra media digital dan alatan seumpamanya.

Kita dapati PDRM tidak terkecuali menyediakan latihan khusus untuk mempersiapkan pegawai dan anggota dalam mengharungi aktiviti jenayah era baharu khususnya membabitkan digital dan media sosial.

Malah, PDRM bersama Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia  sentiasa bekerjasama untuk memantap dan menyelaraskan tindakan dari segi aspek siasatan dan pendakwaan berhubung jenayah dalam talian.

Walaupun dekad berubah, namun perkhidmatan polis masih menjadi antara cabang kerjaya pilihan para belia.

Sejajar dengan perubahan masa, syarat asas akademik untuk pengambilan bagi anggota polis dan pegawai juga telah berubah. Ini memberi pilihan kepada PDRM untuk mendapatkan pelatih anggota atau pegawai yang berkualiti.

Bermakna, mereka yang memohon untuk memasuki PDRM melihat ia sebagai kerjaya jangka panjang dan perlu bersaing dengan pemohon lain.

Cabaran dalam tugas kepolisan tidak pernah berakhir, justeru kita mendoakan supaya warga Sang Saka Biru terus kental dan bersemangat tinggi mendepani tanggungjawab yang diamanahkan.-airtimes.my

#PDRM #Sangsakabiru #Malaysia #airtimes #keselamatan

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?