Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat patahkan cubaan masuk PATI Myanmar di hutan sempadan Malaysia-Thailand

Tentera Darat patahkan cubaan masuk PATI Myanmar di hutan sempadan Malaysia-Thailand

by Zulhaizi Rosdi

KUBANG PASU, 21 FEB –  Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya mematahkan cubaan masuk 29 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Malaysia di kawasan hutan berhampiran sempadan Thailand.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div) memaklumkan, kejadian tersebut berlaku di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).

“Cubaan pencerobohan itu dikesan pada jam 6.15 petang, ketika pasukan operasi sedang melaksanakan rondaan sekaligus menahan sekumpulan orang awam yang dilihat mencurigakan di kawasan hutan berhampiran sempadan Malaysia-Thailand,

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua yang ditahan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan merupakan PATI warganegara Myanmar yang terdiri daripada 15 orang lelaki dan 14 orang wanita termasuk seorang kanak-kanak perempuan berumur antara 6 tahun hingga 41 tahun,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

TDM menahan seramai 29 PATI warga Myanmar ketika melaksanakan operasi rondaan di kawasan hutan sempadan Malaysia-Thailand

Selain itu, turut dirampas adalah sejumlah wang tunai, 19 buah telefon bimbit pelbagai jenama, sebuah komputer riba dan barang perhiasan diri.

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan adalah sebanyak RM19, 837.43.

“Kesemua PATI telah diserahkan ke Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan selanjutnya,” tambahnya lagi.

Tegasnya lagi, TDM akan terus komited bagi memastikan keselamatan di sempadan negara dan tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan dan penyeludupan.

“Pasukan beroperasi akan terus mempertingkatkan rondaan dan kawalan di sempadan bagi mengekang jenayah rentas sempadan khususnya melibatkan PATI,” ujarnya. -airtimes.my

#TDM #PATI #Myanmar #6BGD #Sempadan #Malaysia #Thailand #airtimes

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?