KARLSKRONA, 17 FEB – Saab telah melancarkan kapal selam HMS HALLAND selepas menjalani naik taraf pertengahan hayat secara menyeluruh.
Pelancaran ini menandakan langkah penting dalam keupayaan kapal selam Sweden.
Kapal selam ketiga dan terakhir kelas GOTLAND ini telah dilancarkan di limbungan kapal Saab di Karlskrona.
Menurut Saab dalam satu kenyataan, naik taraf terhadap kapal dioperasikan oleh Sweden semenjak tahun 1997 ini merangkumi teknologi dan sistem baharu yang turut akan digunakan dalam kapal selam kelas Blekinge akan datang.
“Pelancaran ini menandakan langkah penting dalam keupayaan kapal selam Sweden.,
“Naik taraf ini membolehkan HMS Halland melaksanakan misi maritim untuk bertahun-tahun akan datang dengan keupayaan baharu,” jelas Saab.
Menurutnya, 2 buah kapal selam dari kelas yang sama, HMS GOTLAND dan HMS UPPLAND telah menjalani naik taraf yang serupa.
Saab turut menyatakan lebih daripada 20 sistem utama dalam kapal selam HMS Halland telah digantikan, termasuk sistem sensor dan sistem kawalan.
“Sistem ini adalah sama seperti yang akan digunakan dalam kapal selam kelas Blekinge (A26),” kata kenyataan itu.
Sweden merancang untuk membina 2 buah kapal selam kelas Blekinge. Kapal selam pertama dari kelas ini telah pun dibina semenjak tahun 2022.
Negara Scandanavia itu akan mula menerima kedua-dua buah kapal selam baharu mulai tahun 2027. – airtimes.my
#AirTimes #Saab #kapalselam #TeknologiPertahanan