Home SemasaGlobal Tentera Karen beri amaran kepada warga China dalang sindiket scammer: “Pindah keluar atau berdepan tindakan”

Tentera Karen beri amaran kepada warga China dalang sindiket scammer: “Pindah keluar atau berdepan tindakan”

by M.Daim

BANGKOK, 12 FEB – Kumpulan tentera Karen (Democratic Karen Buddhist Army, DKBA) memberi amaran kepada warga China yang menjadi dalang pusat sindiket penipuan dan perniagaan haram untuk keluar dari wilayah Kayin atau berdepan tindakan.

DKBA memberi tempoh kepada sindiket yang beroperasi di wilayah Kayin  untuk berbuat demikian sebelum akhir Februari.

Menurut laporan media Myanmar, amaran tersebut dikeluarkan dalam satu kenyataan menegaskan bahawa warga China yang mengendalikan perjudian dalam talian secara haram, kasino, restoran atau perniagaan haram lain mesti meninggalkan perbandaran Phayathonezu di negeri Kayin sebelum 28 Februari.

“Mana-mana pihak yang tidak mematuhi amaran ini akan berdepan tindakan undang-undang,” kata Kolonel Saw A Wan daripada DKBA.

Selain itu, pihak DKBA merancang untuk meningkatkan rondaan serta mengambil langkah-langkah lain bagi menghalang warga China daripada memasuki kawasan di bawah kawalan mereka.

Amaran ini dikeluarkan selepas DKBA menyatakan pada Ahad bahawa mereka akan mengambil tindakan untuk membantu penduduk tempatan, susulan keputusan Thailand untuk menghentikan bekalan elektrik, petrol, diesel dan isyarat internet ke Phayathonezu serta empat lokasi sempadan lain di Myanmar pada Rabu lalu. – airtimes.my

#AirTimes #Myanmar #Scammer

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?