Home Pertahanan dan Keselamatan Sewaan 28 helikopter: “Kos analisa harga tak dibentang, tiba-tiba dah meterai kontrak”

Sewaan 28 helikopter: “Kos analisa harga tak dibentang, tiba-tiba dah meterai kontrak”

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 12 FEB – Kegagalan kerajaan untuk membentangkan kos analisa harga sewaan 28 buah helikopter cetus satu persoalan yang besar.

Ahli Parlimen Tanah Merah, Dato’ Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata kerajaan tergesa-gesa untuk meterai kontrak sewaan 28 helikopter bernilai RM16.56 bilion walaupun  perincian serta perbandingan di antara harga sewa dan beli tidak dibentangkan.

“Semasa sesi PMQT (Waktu Pertanyaan Perdana Menteri) pada 28 November, soalan saya kepada yang dijawab oleh Yang Amat Berhormat Tambun (Perdana Menteri Anwar Ibrahim),

“Ketika itu YB Bagan bangun bertanya kepada Yang Amat Berhormat (Tambun) dia kata ‘boleh tak buat kos analisa dulu iaitu sewa dengan beli?’

“Dan Tambun berjanji ‘ya,kita akan buat’. Ini 28 November, tahu-tahu 9 Disember, tak sampai 2 minggu sign kontrak,” kata Ikmal semasa menyampaikan Bahas Titah Diraja di Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Ikmal turut menyuarakan keraguan beliau terhadap kemampuan helikopter AW149 yang akan disewakan kepada kerajaan mampu untuk melaksanakan tugas-tugas ketenteraan.

“Jadi tak sempat nak bentang, dimana pembentangannya? Inilah yang kita kesalkan. Ini duit rakyat, ini duit kita semua. RM16.56 bilion bukannya kecil,” ujar beliau.

Pada 5 Februari lalu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyatakan beliau akan menjawab persoalan berhubung perolehan helicopter di Dewan Rakyat pada 20 Februari ini. – airtimes.my

#AirTimes #Pertahanan #AW149 #Westar

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?