Home Pertahanan dan KeselamatanPerjuangan martabatkan Angkatan Tentera Malaysia akan berterusan – Panglima Angkatan Tentera

Perjuangan martabatkan Angkatan Tentera Malaysia akan berterusan – Panglima Angkatan Tentera

by M.Daim
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 31 JAN – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman menegaskan perjuangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan berterusan dan tidak akan selesai.

Beliau menyampaikan perkara tersebut ketika menyampaikan ucapan semasa Majlis Perbarisan Penghargaan Panglima Angkatan Tentera ke-22 di Kem Perdana Sungai Besi, hari ini.

Mohammad akan menyerahkan tampuk kepimpinan Panglima Angkatan Tentera kepada pengganti beliau, pada petang ini.

Dalam ucapannya, Mohammad memanjatkan rasa syukur kerana berpeluang menjadi pemimpin ATM disamping menyaksikan transformasi pasukan itu untuk berkembang maju menjadi sebuah angkatan yang bersepadu, tangkas dan berfokus.

“Perkembangan ini adalah seiring dengan aspirasi Angkatan Masa Hadapan yang telah diterjemahkan dari Kertas Ujian Pertahanan dan Strategi Ketenteraan Negara 2020,

“Sepanjang tempoh perkhidmatan saya fokus utama diberikan kepada usaha memperkukuhkan asas organisasi agar ia terus dihormati dan relevan, sama ada di peringkat nasional maupun antarabangsa,

“Keutamaan diberikan kepada persediaan menghadapi cabaran semasa dan masa depan melalui pemodenan asas, pembangunan sumber manusia serta pengukuhan strategi operasi Ini adalah usaha kolektif yang melibatkan setiap lapisan warga ATM,” katanya.

Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata, masih banyak perkara yang perlu dilakukan dan dicapai serta diperbaiki dalam usaha berterusan untuk membentuk ATM sebagai lembayung pertahanan tanah air. Foto: AirTimes/M.Daim

Beliau menegaskan usaha sebegini akan tetap diteruskan sepanjang masa.

Tegasnya, masih banyak perkara yang perlu dilakukan dan dicapai serta diperbaiki dalam usaha berterusan untuk membentuk ATM sebagai lembayung pertahanan tanah air.

“Perjuangan ini tidak akan pernah selesai. Masih banyak perkara yang perlu dilakukan, masih banyak yang perlu kita capai, masih banyak yang perlu kita perbaiki demi memperkuat angkatan keramat ini,

“Mudah-mudahan Allah S.W.T akan terus melimpahkan rahmat pengeliharaannya atas angkatan keramat ini dengan kesejahteraan dan keperkasaan dalam mempertahankan dan melindungi kemakmuran, integriti serta kepentingan negara yang berdaulat,” tambahnya. – airtimes.my

#pertahanan #airtimes #PAT #ATM #M

 

Related Articles

Leave a Reply