Home SemasaGlobal Estonia pertimbang pembelian senjata dari Korea Selatan

Estonia pertimbang pembelian senjata dari Korea Selatan

by Aqilah Azman

ISLAMABAD, 28 JAN – Menteri Pertahanan Estonia, Hanno Pevkur memaklumkan negaranya sedang mempertimbangkan untuk membeli lebih banyak senjata dari Korea Selatan, lapor Agensi Anadolu (AA) pada Selasa.

“Estonia hari ini membeli (jumlah) peralatan ketenteraan yang agak besar, lebih khusus K9 (howitzer) dari Hanwha, dan kami sedang meneroka pilihan untuk membeli lebih banyak peralatan dan sistem artileri,” kata Pevkur.

Pada masa sama, pertemuan Pevkur dengan Kim di Seoul pada Isnin lalu, bagi membincangkan kerjasama pertahanan dua hala antara kedua-dua negara, termasuk cara untuk mengembangkan kerjasama pertahanan.

“Estonia setakat ini telah menerima 24 howitzer K9 dan merancang untuk menerima penghantaran tambahan 12 menjelang tahun depan,” jelasnya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan butiran lanjut berkenaan pembelian sistem senjata yang sedang dipertimbangkan.

Pevkur membuat kenyataan itu semasa wawancara dengan Agensi Berita Yonhap ketika beliau mengadakan perbincangan dengan Pemangku Menteri Pertahanan Korea Selatan Kim Seon-ho untuk mengukuhkan kerjasama dua hala dalam sektor pertahanan.

Pada 2018, Estonia menandatangani perjanjian bersama Korea Selatan untuk membeli 155mm self-propelled howitzer dan menjadi negara kesembilan memperoleh sistem senjata tersebut bersama Australia, Turkiye, India, Mesir, Finland, Norway, Poland dan Romania. -airtimes.my

#AirTimes #Defense #Howitzer #Estonia #KoreaSelatan

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?