Home Pertahanan dan Keselamatan Veteran ATM nikmati keistimewaan tersendiri, sokongan komprehensif dari kerajaan

Veteran ATM nikmati keistimewaan tersendiri, sokongan komprehensif dari kerajaan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Tidak seperti pesara kerajaan lain, veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menikmati keistimewaan tersendiri menerusi pelbagai imbuhan, sokongan tambahan dan khidmat jabatan khusus di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan memperuntukkan RM239 juta untuk kebajikan veteran ATM pada tahun ini, meningkat RM13 juta berbanding tahun lalu.

Jelasnya, peruntukan ini bertujuan memastikan kesejahteraan veteran ATM serta keluarga mereka selepas menamatkan perkihdmatan.

“Sokongan pendidikan anak-anak, perkhidmatan perubatan dan rawatan percuma dan sudah pastilah persaraan dan pemberian pencen pada usia yang masih muda,

“Malah, pelbagai intervensi lain kita susun dan lakukan. Yang tidak mempunyai rumah, kita bantu binakan rumah, yang rumahnya uzur, kita bantu baiki,

“Jadi saya sangat berterima kasih kepada pihak SPNB yang telah bersama-sama kita dalam ikhtiar ini. Kesemua ini adalah untuk memastikan alam persaraan veteran ATM adalah istimewa dan terbela,” katanya ketika berucap pada Majlis Hi-Tea JHEV Bersama Veteran Tentera, pada Isnin.

Veteran ATM juga bakal menerima inisiatif terbaru seperti Work-Based Learning (WBL) dan Program Protégé, yang membolehkan veteran menjalani latihan selama setahun dengan elaun minimum RM2,000 sebulan bagi mempersiapkan mereka untuk persaraan.

“Langkah ini mencerminkan penghargaan kerajaan terhadap pengorbanan veteran ATM demi mempertahankan negara. Kami juga menggalakkan sektor korporat dan masyarakat untuk bersama menyumbang kepada kebajikan mereka,” ujarnya lagi.

Pada majlis tersebut turut diadakan majlis menandatangani Memorandum Kerjasama JHEV dengan SPNB, PERNAS, AFFIN Islamic, dan Agrobank, selain penyampaian sumbangan Kempen Tabung Pahlawan, Zakat, dan bantuan untuk veteran ATM.-airtimes.my

#pertahanan #ATM #JHEVATM #veteranATM #airtimes #Malaysia

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?